Soalan Lazim
- Bagaimanakah cara untuk mendayakan kekaburan dalam Firefox?
- Bagaimanakah cara untuk tunjukkan bar tanda buku sahaja di halaman Tab Baharu?
- Bagaimanakah cara untuk meletakkan widget di luar grid / di sebelah bawah skrin?
- Mengapakah sambungan ini meminta untuk baca semua data buat suatu laman sesawang?
- Mengapakah latar belakang yang saya sekat masih muncul?
- Mengapakah imej latar belakang tidak muncul?
- Mengapakah penyegerakan pelayar tidak disokong?
- Mengapakah anda tidak menyokong pelayar X?
- Mengapakah naik ralat ketika memasukkan URL tersuai dalam versi sesawang?
- Bagaimanakah cara untuk menambah widget tersuai?
- Bagaimanakah cara untuk berhubung?
Bagaimanakah cara untuk mendayakan kekaburan dalam Firefox?
Kekaburan patut berfungsi secara lalainya dalam Firefox 103. Pastikan pelayar anda dikemas kini.
Kekaburan mungkin boleh didayakan dalam versi Firefox yang lama dengan mendayakannya secara manual:
- Buka tab baharu dan taip
about:config
sebagai alamatnya. - Terima amaran yang dipaparkan.
- Dayakan tetapan
layout.css.backdrop-filter.enabled
. - Tutup dan buka semula Firefox.
Bagaimanakah cara untuk tunjukkan bar tanda buku sahaja di halaman Tab Baharu?
Dalam Chrome, tiada cara untuk tunjukkan bar tanda buku terbina dalam sahaja pada halaman Tab Baharu. Namun begitu, Renewed Tab menyediakan bar tanda buku tersendiri yang boleh didayakan menerusi Tetapan > Umum > Bar Tanda Buku.
Dalam Firefox, anda boleh klik-kanan di sebelah bar tanda buku > Bar Alatan Tanda Buku > Tunjukkan di Tab Baharu Sahaja.
Bagaimanakah cara untuk meletakkan widget di luar grid / di sebelah bawah skrin?
Renewed Tab memerlukan semua widget diletakkan atas grid. Ini amat baik untuk Pengalaman Pengguna, kerana ia ringkas, tetapi lebih sukar untuk buat sesetengah perkara.
Untuk membuatkan widget muncul di bahagian bawah skrin, anda boleh gunakan widget Tidak Kelihatan untuk menambah ruang menegak di antara widget.
Mengapakah sambungan ini meminta untuk baca semua data buat suatu laman sesawang?
Sesetengah widget, seperti Suapan, perlu memuatkan maklumat dari URL. Pelayar sesawang cenderung untuk mempunyai sistem kebenaran yang ketat, jadi sambungan pelayar perlu meminta kebenaran untuk melakukan sesetengah perkara. Menghubungi laman sesawang itu salah satu daripada perkara tersebut.
Sebagai contoh, untuk memuatkan suapan berita dari bbc.co.uk, sambungan perlu diberikan kebenaran untuk mencapai bbc.co.uk.
Renewed Tab tidak baca sebarang maklumat peribadi atau sejarah anda bagi laman sesawang yang anda berikan kebenaran capaian. Ia hanya melakukan permintaan sesawang kepada laman sesawang untuk memuatkan kandungan.
Mesej-mesej contoh:
“Renewed Tab” telah meminta kebenaran tambahan.
Ia mampu:
- Membaca dan mengubah data anda di feeds.bbci.co.uk
Renewed Tab meminta kebenaran tambahan.
Ia ingin:
- Mencapai data anda untuk feeds.bbci.co.uk
Mengapakah latar belakang yang saya sekat masih muncul?
Pelayan API Renewed Tab hanya ada 4 imej tersedia untuk dipilih pada suatu masa. Jika anda telah menyekat terlalu banyak imej, maka boleh jadi anda sudah sekat kesemua imej yang tersedia ini - jika ini yang terjadi, maka imej yang pertama akan digunakan.
Sebab perkara ini dilakukan adalah untuk mengelak kena API Unsplash terlalu banyak.
Mengapakah imej latar belakang tidak muncul?
Sambungan seperti DarkReader boleh bercanggah dengan imej latar belakang, anda boleh menyahdayakannya per tapak.
Alternatifnya, mungkin ada masalah sambungan dengan API Renewed Tab atau unsplash, atau masalah tatarajah.
Mengapakah penyegerakan pelayar tidak disokong?
Penyegerakan Chrome dan Firefox terhad pada saiz 8KB per kekunci. Sangat biasa untuk komponen seperti nota untuk melebihi had ini, membuatkannya tidak praktikal untuk menyokong penyegerakan.
Anda boleh guna Tetapan () > Import / Eksport untuk berkongsi tetapan anda di antara pelayar berlainan.
Mengapakah anda tidak menyokong pelayar X?
Kami hanya menyokong 2 versi terbaru Firefox dan Chrome; ianya amat sukar untuk menguji dan memberi sokongan untuk setiap pelayar.
Renewed Tab dibina menggunakan teknologi rentas platform, maksudnya besar kemungkinan yang ia akan berfungsi di pelayar anda walaupun tidak disokong.
Anda boleh muat turun fail .zip buat sambungan pelayar:
- Pergi ke GitLab pipelines.
- Cari serahan yang anda berminat. Selalunya anda inginkan serahan terbitan seperti “Release 1.2.3”.
- Klik butang muat turun () di sebelah kanan baris.
- Pilih “Download webext:archive artifact”.
Jika anda ada masalah dengan pelayar yang tidak disokong, maka kami tidak mungkin mampu membantu. Namun begitu, kami mungkin terima tampung/PR untuk membaiki masalah pada platform yang tidak disokong selagi mana ia tidak memperkenalkan masalah seni bina, dan masalah tersebut bukan disebabkan oleh pelayar yang melaksanakan piawaian sesawang dengan cara salah.
Mengapakah naik ralat ketika memasukkan URL tersuai dalam versi sesawang?
Jika anda cuba untuk memasukkan URL tersuai yang tidak dibenarkan di versi sesawang, anda akan dapat ralat berikut:
Capaian ke hos example.com tidak dibenarkan di versi sesawang. Untuk tujuan keselamatan, versi sesawang hanya boleh mencapai domain yang telah diluluskan terlebih dahulu. Pertimbangkan untuk guna sambungan Chrome/Firefox dan bukan versi sesawang.
Versi sesawang menggunakan proksi untuk mencapai URL, dan bukannya hubungi secara terus. Ini adalah untuk mengatasi pembatasan Perkongsian Sumber Rentas Punca (Cross Origin Resource Sharing (CORS)): laman sesawang tidak boleh membuat permintaan ke laman sesawang yang lain tanpa kebenaran laman sesawang tersebut.
Proksi versi laman sesawang membataskan domain yang anda boleh gunakan atas sebab keselamatan. Jika mana-mana domain dibenarkan, pengguna hasad boleh mengganggu rekod DNS untuk membolehkan capaian ke perkhidmatan dalaman pada pelayan.
Anda mungkin boleh minta suatu laman sesawang untuk dibenarkan oleh proksi. Namun begitu, anda patut gunakan sahaja sambungan Chrome/Firefox, kerana ia tidak mempunyai pembatasan ini
Nota: Jika anda dapat ralat ini ketika menggunakan sambungan pelayar, ada sesuatu yang tidak kena. Sila laporkannya di bawah.
Bagaimanakah cara untuk menambah widget tersuai?
Lihat Creating Your Own Custom Widgets for Renewed Tab.
Bagaimanakah cara untuk berhubung?
Penciptaan isu di Penjejak Isu itu cara yang lebih digemari untuk berbincang mengenai pepijat dan permintaan sifat Renewed Tab.
Jika anda perlukan bantuan, anda boleh guna mana-mana pilihan ini. Besar kemungkinan Discord atau Matrix itu yang paling pantas.